Masa darjah tiga, aku dilantik jadi pengawas perpustakaan. Seronok sangat walaupun jadi librarian ni tak popular berbanding pengawas sekolah. Aku tak pernah teringin jadi pengawas sekolah melainkan hanya teringin baju uniform mereka yang berwarna biru. Kan warna biru susah nak kotor. Semasa sekolah rendah, aku jadi pengawas perpustakaan dari darjah tiga sampailah darjah enam. Perpustakaan sekolah rendah aku tak besar, tapi sekarang, setiap kali aku terbaca buku yang ada aura 90-an dan sebelumnya, aku akan terbayang membacanya di perpustakaan yang dikendalikan Cikgu Zabina itu. Perpustakaan sekolah kampung itu punya tempat sungguh istimewa bagi aku. Di situlah aku mula mengenal dengan rakus buku-buku, sejak boleh mula membaca. Bacaan percuma, siapa tak suka. Tambahan pula pengawas perpustakaan boleh pinjam lebih banyak buku. Rak buku bahagian ensiklopedia paling menarik hati. Bukunya tebal-tebal dan tulang ( spine ) buku sampai berjahit. Memang buku berkualiti tinggi. Dan buku sep...
Seseorang yang sering menghargai masa lalu