Skip to main content

Perpustakaan Sekolah

Masa darjah tiga, aku dilantik jadi pengawas perpustakaan. Seronok sangat walaupun jadi librarian ni tak popular berbanding pengawas sekolah. Aku tak pernah teringin jadi pengawas sekolah melainkan hanya teringin baju uniform mereka yang berwarna biru. Kan warna biru susah nak kotor. 

Semasa sekolah rendah, aku jadi pengawas perpustakaan dari darjah tiga sampailah darjah enam. Perpustakaan sekolah rendah aku tak besar, tapi sekarang, setiap kali aku terbaca buku yang ada aura 90-an dan sebelumnya, aku akan terbayang membacanya di perpustakaan yang dikendalikan Cikgu Zabina itu. Perpustakaan sekolah kampung itu punya tempat sungguh istimewa bagi aku. Di situlah aku mula mengenal dengan rakus buku-buku, sejak boleh mula membaca. Bacaan percuma, siapa tak suka. Tambahan pula pengawas perpustakaan boleh pinjam lebih banyak buku.

Rak buku bahagian ensiklopedia paling menarik hati. Bukunya tebal-tebal dan tulang (spine) buku sampai berjahit. Memang buku berkualiti tinggi. Dan buku seperti ini tak boleh dipinjam, hanya boleh dibaca di ruang tertentu. 

Seronoknya, kami boleh keluar rehat awal 15 minit daripada orang lain semasa hari bertugas. Tugasnya taklah berat, setakat uruskan peminjaman buku. Tapi suasana perpustakaan semasa rehat memang riuh. Rimas jugak kadang-kadang. Tambah-tambah bila bertembung dengan tahap dua. Atau tahap satu semasa aku di tahap dua. 

Semasa masuk tingkatan satu, aku daftar nama untuk menyertai team pengawas perpustakaan. Malangnya pada hari semua yang daftar nama dipanggil, aku tak pergi. Sengaja. Dan puncanya ialah baju uniform yang bagi aku agak menonjol. Cantik memang cantik. Sekali tengok macam baju pramugari. Vest dan kain hitam. Tudung disumbat masuk ke dalam baju. Oh no! Aku tak boleh pakai. 

Aku rasa malu bila tak dapat labuhkan tudung menutup dada. Aku akan rasa seperti ditayang-tayang. Jadi, aku hanya pendam rasa menjadi pengawas perpustakaan semasa tingkatan satu hingga tingkatan 3.

Perpustakaan di SMKPLM itu lebih sempit. Tapi banyak buku-buku terbitan baharu. Aku masih ingat aku buku yang bertajuk Denai dan berketebalan Kamus Dewan disusun lima ke enam buah. Tak ada siapa baca termasuk aku.

Tapi yang paling aku ingat, aku selalu pinjam buku Siri Edusystem. Ada dua buah buku yang masih aku ingat dan berharap dapat baca kembali. Penulis Adi Al Hadi. Lama aku mencari penulis ini tapi belum ketemui. Konsep rentas masa yang ditulis dalam Kalung Untuk Primadona (Aku rasa tajuk ni salah tapi seakan-akan itulah nama tajuknya) sangat genius. Walaupun buku itu untuk tahap awal remaja, tapi untuk umur dewasa pun sesuai untuk dibaca.

Teringat masa seorang kawan aku ada pinjam sebuah buku hantu. Isi kandungannya ada terselit adegan dewasa. Aduh! Tergelak kami baca masa tu. Aku teka, buku itu tak disaring betul-betul sebelum dimasukkan ke dalam perpustakaan. Oh ya, semasa di sekolah rendah pun ada sebuah novel yang ada adegan seperti ini. Tapi aku tak pernah berminat nak membacanya. Sebab itu jugaklah, apabila mengedit manuskrip, aku akan pastikan adegan dewasa ditapis sepenuhnya. Khuatir terlepas masuk ke perpustakaan sekolah. Ya-ya, ada pelajar lebih pandai daripada kita, orang yang 'dewasa', tapi yang polos dan suci juga masih ramai. Dan aku nak jaga golongan yang otak bersih itu.

Dan akhir sekali semasa di sekolah teknik iaitu tingkatan 4 dan 5, aku kembali menyandang gelaran librarian. Gembira tak terkata. Pada asalnya aku pernah berangan nak menjadi pengawas asrama. Sebab nak eksyen marah-marah junior yang tertinggal tuala di dorm. Kahkah! 

Niat pun tak baik. Tapi alhamdulillah aku tak terpilih. Sebab nak jadi pengawas asrama ni, tak boleh apply, senior yang akan pilih. Akhir sekali, aku terpilih menjadi pengawas perpustakaan selepas melalui proses temu duga.

Gembira tak terkata. Sudahlah merit pengawas perpustakaan lebih tinggi daripada pengawas asrama yang mesyuarat sampai pukul dua pagi itu. Dapat pula pinjam buku sampai lima buah. Untung kan? Uniform kali ini, tak ada, Cuma semasa bertugas, kena pakai vest khas yang ada tulis Librarian Crew. Yang best sekali, kawan sekatil aku di dorm pun jadi librarian jugak. 

Hari pertama bertugas, aku kelam-kabut nak uruskan. Sudahlah perpustakaan Astech itu agak old school. Masih guna kad jenis lama macam masa aku di sekolah rendah. Pelanggan pertama aku mengerling sinis tingkah aku yang serba tak kena. Mujurlah team aku tolong. Namanya Mazwan. Tengok muka macam tak berapa sesuai sebab tak skema langsung muka. Haha. Tapi dia cekap dan uruskan. Sejak tu, aku dah boleh buat sendiri urusan peminjaman, Semasa aku di UM, aku pernah terserempak dengan dia. Beberapa kali. Aku tak pernah berminat nak bertanya lebih-lebih. Dan pernah aku lari dan ikut jalan lain supaya aku tak perlu terserempak dengan dia. Tak selesa.

Berbalik pada library Astech. Cikgu yang uruskan perpustakaan ialah isteri kepada cikgu BM kelas aku. Ustazah. Tapi aku lupa namanya. Sangat lemah lembut dan cantik orangnya. Semasa kami perlu ke perpustakaan waktu petang, kemas-kemas buku yang nak di red off, dia masakkan kami pengat durian. Dan sejak itu aku boleh makan serawa durian. Makan dengan roti Gardenia. Sedapnya! 

Apabila dipanggil untuk ke perpustakaan menolong apa-apa, aku tak pernah mengeluh sebaliknya seronok sangat. Berbeza sewaktu dipanggil untuk ke surau, (aku AJK surau). Aku sering membentak dan mengeluh. Aku rimas ada pertemuan AJK lelaki dan perempuan. 

Sewaktu di tingkatan lima, Cikgu BM aku, Cikgu Ishak dan isterinya bawak team librarian makan-makan di Kuala Perlis. Sedapnya menjamu selera makan makanan laut yang segar. Habis saja sotong celup tepung, cikgu tambah lagi oder. Kami makan sampai tersandar dalam bas. Setiap seorang dapat hadiah penghargaan. 

Terasa sungguh istimewa. 

Itulah kali terakhir aku menjadi pengawas perpustakaan. Semasa di tingkatan enam, aku lebih fokus menjadi ahli perpustakaan daripada menguruskannya. Tambahan pula aku lambat masuk ke tingkatan 6, maka tak sempat mendaftar dan memohon. Library semasa aku tingkatan 6 ialah di SMKKJ. Ia agak asing bagi aku. Namun semasa ramai pelajar cuti (aku lupa kenapa ramai pelajar tak datang dan aktiviti ialah bebas), aku ke library dan habiskan bacaan Dewan Masyarakat. Kisah Mariam yang berkahwin dengan orang Korea aku baca berulang kali. Chew antara kawan yang ikut aku sekali ke library. 


Semua perpustakaan ini amat istimewa bagi aku. Dan yang lebih istimewa tentulah Perpustakaan Utama UM. Di situlah juga aku bertemu jodoh. Haha. Untuk tulis mengenai perpustakaan istimewa ini akan memerlukan sedikit masa. 

Sekian mengimbau nostalgia mengenai perpustakaan. Aku akan galakkan Sofea dan Dhina jadi librarian sebab untungnya boleh pinjam banyak buku. Tak banyak kerja macam pengawas sekolah. Kurang stres. 

Ok babai. 






Walaupun aku tak cukup syarat nak dikatakan sebagai ulat buku, tapi aku sangat berangan untuk ada perpustakaan begini. Dan harapnya ada tangga juga. <3 








Comments

Popular posts from this blog

PBAKL 2025

 Akan tiba masa untuk aku dan Sofea ke PBAKL lagi tahun ini.  Sudah ada beberapa buah buku yang ingin aku beli. Juga untuk Sofea, aku masih berfikir-fikir sama ada dia sesuai atau tidak untuk baca Nirnama oleh Hilal Asyraf dengan usianya baru sembilan tahun.  Dia sudah ulang lebih tiga kali baca trilogi Sunan oleh RAM. Aku pun belum selesai baca. Mungkinkah aku perlu dibayar baru aku akan habis baca? Kahkah.  Sampai jumpa nanti. Kalau aku masih ingat password blog ini, aku akan tulis pengalaman tahun ini. 

Lagu: Sebuah Mesin Masa

 Aku kalau ditanya, waktu mana paling ingin aku ulang, mungkin jawapannya hanya satu.  Zaman universiti! Aku berpendapat, zaman universiti ialah kedua yang terseronok selepas zaman sekarang (emak anak dua dan teman hidup kepada encik jambang itu)  Kalau nak feeling-feeling muda, ada dua lagu aku akan pasang. Err atau lebih daripada dua.  1) Faizal Tahir - Gemuruh Lagu tema Haluan Siswa atau orientasi seluruh Malaysia ni memang membangkitkan semangat. Zaman berat 50kg dan muka cengkung walaupun masih nampak berisi. Suara Faizal Tahir yang padu dan bertenaga tu seakan-akan mengalir pada lagunya.  2) Lagu tema Haluan Siswa masa tahun aku. Satu Suara. Huii lagu ni memang terbayang baju biru kuning Kolej 8 yang aku masih pakai sampai sekarang. Keadaan dewan yang riuh nyanyi. Dengar lagu ini automatik aku rasa aku berusia 20 tahun.  3) Beijing Huan Ying Ni Lagu ini perasaannya sangat istimewa. Masa aku jalani pertukaran pelajar ke Beijing, lagu ini buat aku rasa ...