Skip to main content

PBAKL 2025

 Akan tiba masa untuk aku dan Sofea ke PBAKL lagi tahun ini. 

Sudah ada beberapa buah buku yang ingin aku beli. Juga untuk Sofea, aku masih berfikir-fikir sama ada dia sesuai atau tidak untuk baca Nirnama oleh Hilal Asyraf dengan usianya baru sembilan tahun. 

Dia sudah ulang lebih tiga kali baca trilogi Sunan oleh RAM. Aku pun belum selesai baca. Mungkinkah aku perlu dibayar baru aku akan habis baca? Kahkah. 

Sampai jumpa nanti. Kalau aku masih ingat password blog ini, aku akan tulis pengalaman tahun ini. 






Comments

Popular posts from this blog

Lagu: Sebuah Mesin Masa

 Aku kalau ditanya, waktu mana paling ingin aku ulang, mungkin jawapannya hanya satu.  Zaman universiti! Aku berpendapat, zaman universiti ialah kedua yang terseronok selepas zaman sekarang (emak anak dua dan teman hidup kepada encik jambang itu)  Kalau nak feeling-feeling muda, ada dua lagu aku akan pasang. Err atau lebih daripada dua.  1) Faizal Tahir - Gemuruh Lagu tema Haluan Siswa atau orientasi seluruh Malaysia ni memang membangkitkan semangat. Zaman berat 50kg dan muka cengkung walaupun masih nampak berisi. Suara Faizal Tahir yang padu dan bertenaga tu seakan-akan mengalir pada lagunya.  2) Lagu tema Haluan Siswa masa tahun aku. Satu Suara. Huii lagu ni memang terbayang baju biru kuning Kolej 8 yang aku masih pakai sampai sekarang. Keadaan dewan yang riuh nyanyi. Dengar lagu ini automatik aku rasa aku berusia 20 tahun.  3) Beijing Huan Ying Ni Lagu ini perasaannya sangat istimewa. Masa aku jalani pertukaran pelajar ke Beijing, lagu ini buat aku rasa ...

Perpustakaan Sekolah

Masa darjah tiga, aku dilantik jadi pengawas perpustakaan. Seronok sangat walaupun jadi librarian ni tak popular berbanding pengawas sekolah. Aku tak pernah teringin jadi pengawas sekolah melainkan hanya teringin baju uniform mereka yang berwarna biru. Kan warna biru susah nak kotor.  Semasa sekolah rendah, aku jadi pengawas perpustakaan dari darjah tiga sampailah darjah enam. Perpustakaan sekolah rendah aku tak besar, tapi sekarang, setiap kali aku terbaca buku yang ada aura 90-an dan sebelumnya, aku akan terbayang membacanya di perpustakaan yang dikendalikan Cikgu Zabina itu. Perpustakaan sekolah kampung itu punya tempat sungguh istimewa bagi aku. Di situlah aku mula mengenal dengan rakus buku-buku, sejak boleh mula membaca. Bacaan percuma, siapa tak suka. Tambahan pula pengawas perpustakaan boleh pinjam lebih banyak buku. Rak buku bahagian ensiklopedia paling menarik hati. Bukunya tebal-tebal dan tulang ( spine ) buku sampai berjahit. Memang buku berkualiti tinggi. Dan buku sep...