Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2021

Domo Kun: Bahagian Dua

 Mengenali beliau, tidak banyak yang aku dapat fahami mengenai dirinya, mengenai keluarganya dan apa pandangan dia sendiri terhadap aku. Tidak banyak yang diceritakan. Tapi aku masih ingat dengan jelas, dia pernah bercerita tentang neneknya yang membebel pada abangnya kerana menggoreng nasi tidak cukup masin. Lalu abangnya yang melenting, terus menabur garam pada kuali yang berisi nasi goreng untuk seisi keluarga. Tanpa dikacau, nasi goreng itu dirasakan sangat bergaram saat dihidang. Abangnya puas hati, nenek pula diam makan seperti tiada apa-apa berlaku. Domo Kun mengunyah dengan penuh kepayahan menahan kemasinan.  Hatinya juga rapuh, seperti wanita yang lain. Saat disindir pemandu bas UM, dia nekad untuk kuruskan badan. Setiap pagi, setiap petang, dia akan membuat pusingan di Tasik Varsiti dengan beridentitikan sweater merahnya. Hingga akhirnya dia telah mendapat bentuk badan yang ideal, dia masih tidak berhenti berjoging.  Kemudian aku juga teringat ceritanya, dia ter...

Domo Kun: Bahagian Satu

Nama sebenar dirahsiakan. Dia manis, berlesung pipit betul-betul di tepi bibir. Kulitnya putih bersih. Baju kurung kain kapas corak bunga Inggeris selalu dipakainya semasa di dewan kuliah.  Mesti terbayang gadis Melayu terakhir kan. Hakikatnya, dia tidaklah seayu penerangan aku di atas. Dan dia pun bukan suka kalau diiktiraf gadis paling lemah lembut di dunia.  Aku namakan dia Domo Kun. Mengambil sempena watak kartun (kartun ke?) kegemaran dia.  Imbas kembali macam mana kami boleh bertemu. Di dewan Kolej Kediaman Kinabalu.  "Intan, ni ada orang kampung Intan ni." Seseorang memperkenalkan dia kepada aku. Dia studen pengambilan kedua. Tak silap, dialah gadis pertama dalam batch kami yang sama fakulti dan sama kolej kediaman dengan aku. Aku angguk dan senyum. Dia balas dengan senyum mesra tapi aku sekadar bertanya asalnya. Alor Setar. Sedikit sebanyak aku gembira kerana akhirnya ada seseorang yang boleh melayan aku bertutur dalam dialek Kedah.  Entah macam mana, ka...

Hospital Ampang Yang Berjasa

Terbaca baru ni, Hospital Ampang akan jadi pusat covid19 sepenuhnya. Tak pasti untuk bahagian kecemasan lain diterima atau tidak. Tapi apa yang aku tahu, untuk bersalin di sana pun kena tukar hospital.  Alahai sedihnya. Hospital Ampang bab fasiliti memang selesa. Misi baik, doktor baik. Guard pun bagus. Aku bersalin dua-dua anak dekat situ.  Doktor Hospital Ampang banyak yang pakar. Cuma doktor sana yang pakar banyaknya lelaki dan bukan Melayu. Mahu tak pakar, dia belah perut aku nak ambik Dhina yang hampir lemas dek tali pusat tu dalam masa lima belas minit saja. Bukan cincai, sebab misi KK mai check aku punya jahitan di perut dia puji kata cantik ni.  Masa jahitan lahir secara normal untuk Sofea dulu pun misi KK puji jahitan elok. Bukan sorang tapi dua. Aku rasa doktor kat Hospital Ampang ni kalau bukan jadi doktor, jadi tailor pun mesti berbakat. Hahaha.  Masuk labour room dulu, misi pasang ayat al Quran. Cakap baik-baik. Kalau nak buang air dia bantu. Pendek kata...

Tukang Cuci Ofis

Tukang Cuci Masa zaman WFO, work from office, ofis kami ada tukang cuci yang akan datang seminggu dua kali untuk kemaskan meja, cucikan pantri dan lap tingkap. Untuk buang sampah, depa akan datang setiap hari.  Awal-awal kerja di ofis BTHO ni, ada dalam tiga hingga empat orang tukang cuci. Seorang akan lap meja, seorang akan leretkan penyedut hampagas di atas lantai, seorang lagi akan lap tingkap.  Saya sebenarnya ada satu rahsia. Saya sangat suka tengok seorang tukang cuci tu lap meja. Dia akan sembur meja dengan pencuci khas dan lap perlahan-lahan. Dia lap permukaan meja dengan lemah lembut. Berhati-hati dia tolakkan tetikus ke tepi, risau terganggu kerja di komputer. Dia lap bahagian atas dan belakang komputer berjaga-jaga, membuang habuk yang melekat.  Kalau tengah bersembang, saya akan tiba-tiba diam sebab nak tengok dia lap meja. Ralit tengok. Rasa mengantuk, macam kena buai atau dodoikan. Kalau tukang cuci lain yang buat, tak sama perasaannya.  Tukang cuci si...

Permulaan Nak Menaip

Alahai, baru nak cuba taip. Sebelum ni bukan ingat pun dah pernah buat Blog. Tahun 2013. Zaman bujang lagi. Sekarang anak nombor dua pun nak masuk 3 tahun dah. Adoi.  Saya nak tulis dekat sini ingatnya. Menulis di FB, terkadang segan dengan friend yang tak kenal di alam realiti. Terkadang, takut ganggu wall orang tulis panjang-panjang. Ada ke orang nak baca? Haha. Saya selalu fikir, mesti ramai tekan unfollow sebab saya kerap sangat update status panjang-panjang. Tulis pulak, taklah best mana. Tapi saya tak pernah kisah orang like ke tidak. Sebab saya sejenis kalau ramai sangat like, jadi macam eh apa aku tulis ni? Ada salah tak? Ada yang kecik hati tak? Itulah saya. Paranoid tak tentu hala.  Tapi saya perlu menulis. Menulis buat saya rasa puas. Dan saya sejenis suka kenang kisah lama. Selagi tak tulis kenangan tu, rasa tak puas dan teringat-ingat.  Dan kalau asyik imbas kembali, FB saya dah jadi tempat luahan kenangan lama. 😅 Terima kasih sudi baca status saya selama ni...