Terbaca baru ni, Hospital Ampang akan jadi pusat covid19 sepenuhnya. Tak pasti untuk bahagian kecemasan lain diterima atau tidak. Tapi apa yang aku tahu, untuk bersalin di sana pun kena tukar hospital.
Alahai sedihnya. Hospital Ampang bab fasiliti memang selesa. Misi baik, doktor baik. Guard pun bagus. Aku bersalin dua-dua anak dekat situ.
Doktor Hospital Ampang banyak yang pakar. Cuma doktor sana yang pakar banyaknya lelaki dan bukan Melayu. Mahu tak pakar, dia belah perut aku nak ambik Dhina yang hampir lemas dek tali pusat tu dalam masa lima belas minit saja. Bukan cincai, sebab misi KK mai check aku punya jahitan di perut dia puji kata cantik ni.
Masa jahitan lahir secara normal untuk Sofea dulu pun misi KK puji jahitan elok. Bukan sorang tapi dua. Aku rasa doktor kat Hospital Ampang ni kalau bukan jadi doktor, jadi tailor pun mesti berbakat. Hahaha.
Masuk labour room dulu, misi pasang ayat al Quran. Cakap baik-baik. Kalau nak buang air dia bantu. Pendek kata memang rasa dibantu dan dijaga.
Bayangkan la, masa aku kat wad, aku bangun dari baringan selepas cukup tempoh 4 jam lepas bedah, misi marah aku. Marah manja. Dia kata, "Amboi awak, kuat sangat ye nak bangun sendiri? Kenapa tak panggil?"
Dan aku sangat terhutang budi dengan misi di bahagian PAC. Masa tu ramai sangat orang. Tahun 2018, nak bersalin dekat Dhina. Aku nak masuk wad tak dapat-dapat sebab penuh. Labour room pun penuh.
Tunggu la aku kat kerusi kayu. Lagipun bukaan rahim masa tu baru 3cm. Depa bagi la keutamaan dekat siapa-siapa yang dah nak beranak tak dan-dan tu masuk dulu.
Misi tu tengok aku kerut lain macam. Serius masa tu rasa macam bukaan penuh (macam masa bersalin kat Sofea). Haha.
Dia panggil aku dan check CTG. CTG tak okey, bacaan jantung baby pun lemah. Terus depa bergegas tolak aku ke operation theater. Nah, sekali tali pusat terbelit kat Dhina. Bayangkan kalau lambat? Semua sebab jasa misi tu yang rajin perhati air muka pesakit. Alhamdulillah.
Nanti aku nak tulis pengalaman bersalin tu. Bukan apa, nak bagi tau Dhina. Umi sayang awak sampai sanggup belah perut tau. Haha.
Dan nak bagi tau Sofea jugak, umi bersalin awak memang mudah tapi tetap la rasa sakit. Sebab dia dok perasan aku bersalin dekat dia tak rasa sakit langsung.
Berbalik pada tajuk, harap Hospital Ampang dapat menabur jasa berbakti pada rakyat. Cepatlah wabak ini diangkat pergi.
Semoga dipermudahkan urusan depa. Mereka hero rakyat sepanjang zaman. Bukan sewaktu musim pandemik saja.
Baikkk. Jenis tak edit2 teruih publish. haha
ReplyDelete